suria

Perlindungan gangguan seksual di Malaysia mempunyai jurang besar

PETALING JAYA: Pakar berpendapat, pada ketika ini undang-undang dan garis panduan mengenai gangguan seksual mempunyai jurang yang besar.

Pengarah Pertubuhan, Women's Aid Organisation (WAO) iaitu Yu Ren Chung berkata, belum banyak akses bagi memnantu mangsa serangan seksual bagi hal berkaitan pemulihan, keadilan dan perlindungan.

Masalah tersebut katanya, perlu ditangani dalam undang-undang baharu.

"Pada masa sekarang, tidak ada banyak akses kepada pemulihan, keadilan dan perlindungan untuk mangsa gangguan seksual. Perkara ini perlu ditangani dalam undang-undang baharu," katanya.

Dalam pada itu, peguam hak asasi manusia, Honey Tan menambah ada panduan bagi mangsa itu mengambil tindakan terhadap gangguan diterima namun kerajaan perlu menyediakan garis panduan untuk mereka yang berhadapan dengan hal berkenaan.

"Perundangan tidaklah sukar namun pelaksanaannya. Sudah ada jalan bagi mangsa gangguan seksual untuk mengambil tindakan.

"Kerajaan perlu memaklumkan apa yang boleh mereka lakukan untuk ke hadapan bagi membolehkan mangsa menuntut hak masing-masing sekirannya terjadi gangguan seksual terhadap mereka," katanya.

Kumpulan Tindakan Bersama Wanita (JAG) yang merupakan ahli pertubuhan WOA telah mengemukakan draf rang undang-undang gangguan seksual kepada kerajaan pada bulan Oktober lalu.

Baru-baru ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memberitahu pihaknya akan menyiapkan kajian mengenai rang undang-undang gangguan seksual dalam masa tiga bulan.

Tonton episod penuh mengenai undang-undang gangguan seksual dan undang-undang pelecehan seksual yang baru.

Newsflash adalah rancangan yang membincangkan isu-isu semasa dibawakan oleh R.Age. Tonton siti penuh di sini

Gangguan Seksual

Artikel Berikut

Artikel Lain