suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Saya tidak bawa IC sebab baru balik dari luar negara" - Nur Sajat

SHAH ALAM: Ahli perniagaan, Muhammad Sajjad Kamaruzaman gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri termasuk kad pengenalannya (MyKad) ketika dipanggil mahkamah untuk dibacakan pertuduhan.

"Saya tidak bawa IC (MyKad) sebab baru balik dari luar negara," katanya.

Prosiding bagaimanapun diteruskan apabila pihak pendakwa menyerahkan salinan kad pengenalan lelaki itu kepada mahkamah.

Terdahulu, Muhammad Sajjad atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat, 33, kelihatan mencari sesuatu di dalam beg tangannya ketika mahkamah memintanya mengeluarkan kad pengenalan.

Nur Sajat mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan gagal mengemukakan penyata GST, empat tahun lalu.

Hakim Rofiah Mohamad memerintahkan Nur Sajat, didenda RM2,700 dan dikenakan hukuman penjara enam minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut. - Sinar Harian

Nur Sajat, GST

Artikel Sebelum

Artikel Lain