suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Video tular Nurul anak Anwar kahwin, tapi bukan Izzah

KLANG: Rakaman video presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjalankan akad nikah salah seorang daripada anak perempuannya tular di media sosial.

Ramai yang menganggap pengantin perempuan itu adalah anak sulung Anwar iaitu Nurul Izzah, yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Spekulasi perkhawinan itu semakin meluas selepas Nurul Izzah meletak jawatan sebagai naib presiden parti dan ketua PKR Pulau Pinang, serta menarik diri daripada pelbagai peranan dalam Kerajaan Persekutuan.

Bagaimana pun, majlis yang berlangsung pada Sabtu lalu adalah perkahwinan anak bongsu kedua Anwar, Nurul Ilham yang berlangsung di kediaman rasmi ibunya yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Majlis hanya dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat.

Anwar Ibrahim, Nurul Ilham

Artikel Lain