suria

Bukan hanya PAS, Umno pun kami nak - Mat Sabu

Mohamad Sabu.

KOTA BHARU: Amanah bukan hanya mahu ahli PAS untuk menyertai parti itu, tetapi ahli Umno juga tidak terkecuali menjadi sasaran.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata, pihaknya membayangkan lebih ramai keahlian baru menganggotai parti itu, terutamanya daripada PAS dan Umno.

Walaupun Amanah dilihat sebagai parti yang dibarisi ahli-ahli Melayu dan Islam, namun Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, pihaknya tidak meletakkan sebarang sempadan untuk mana-mana agama untuk sama-sama berjuang dalam parti itu.

“Kita nak semua (ahli parti pembangkang). Islam atau bukan Islam,” katanya dalam satu sidang media di sini.

Terdahulu beliau hadir Konvensyen Parti Amanah Negara Kelantan 2018 kali ketiga yang turut dihadiri Naib Presiden Amanah, merangkap Pengerusi Pakatan Harapan Negeri, Senator Datuk Husam Musa. - Sinar Harian

PAS, Umno

Artikel Lain