Bina rumah gelandangan di Johor - TMJ - Semasa | mStar

Bina rumah gelandangan di Johor - TMJ

JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim mencadangkan kerajaan negeri Johor mewujudkan rumah perlindungan sementara untuk para gelandangan.

Menerusi catatan yang dimuat naik dalam laman Facebook baginda HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail bertitah cadangan itu dikemukakan selepas mendapat perkenan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

"Dengan restu Duli Yang Maha Mulia Tuanku, saya ada memberi cadangan kepada kerajaan negeri Johor supaya membina rumah perlindungan sementara (shelter) untuk para gelandangan.

"Ia perlu disediakan dengan bersistem dan mempunyai kelengkapan asas yang mencukupi," titah Tunku Ismail menerusi catatan berkenaan pada Rabu.

Menurut Tunku Ismail, cadangan mewujudkan rumah perlindungan itu perlu disediakan di setiap daerah.

"Saya percaya dengan kajian yang lengkap, kerajaan negeri dapat merealisasikan projek ini.

Bukan sahaja ‘shelter' tetapi juga memberi peluang pekerjaan kepada mereka," titah baginda.

Baru-baru ini, Tunku Ismail berkenan berangkat menyertai Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) untuk memberikan sumbangan bantuan kepada para gelandangan di sekitar bandar raya ini.

Gelandangan itu menerima sumbangan set barangan kelengkapan mandian, kelengkapan sanitari dan makanan. - BERNAMA

gelandangan , Johor

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tong gas bertaburan atas jalan

Klik

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain