‘Deadpool’ kejutkan pelancong di Pulau Pinang

Mohamad Syukur memakai sut Deadpool dan menyambut kehadiran pelancong berhampiran Jalan Armenia di Pulau Pinang.

GEORGE TOWN: Adiwira Deadpool kelihatan berkeliaran di Jalan Armenia sejak awal bulan lalu dan mengalu-alukan kedatangan pelancong ke negeri ini.

Dia biasanya bersandar di tiang lampu dan kelihatan seperti merenung sesuatu.

Warna sut hitam merah pekat yang digayakan untuk penyamaran adiwira tersebut ternyata mengejutkan orang ramai.

Kebanyakan pelancong tidak menyedari kehadirannya sehingga mereka berada di sebelahnya.

Mereka kebiasaannya terkejut apabila Deadpool tersebut tiba-tiba menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan.

Deadpool adalah filem adiwira Hollywood yang diterbitkan pada 2016 berdasarkan watak komik Marvel.

Tetapi Deadpool yang dilihat itu bukannya pelakon Ryan Reynolds, tetapi sut tersebut dipakai oleh Mohamad Syukur Mohd Patthi.

Mohamad Syukur, 24, menjual laksa dan rojak di Butterworth bersama keluarganya pada waktu malam.

Kira-kira sebulan lalu, dia membeli kostum Deadpool berharga RM300 dan sejak itu memakainya untuk menceriakan pelancong.

"Daripada hanya bergembira seorang diri, saya ingin menyebarkannya kepada para pelancong," katanya.

Apabila pelancong bergambar swafoto dengannya, mereka biasanya akan memberikan sumbangan ke dalam balang Deadpool yang diletakkan di sebelahnya. - The Star

Deadpool

Artikel Lain