suria

Duta China sahkan Jho Low bukan di China - Guan Eng

Jho Low.

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin bahawa ahli perniagaan yang menjadi buruan, Low Jho Teck atau Jho Low tidak berada di China.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, beliau telah mengesahkan dakwaan itu dengan Duta Besar China yang memberitahunya bahawa tidak ada nama tersebut memasuki atau meninggalkan negara itu.

"Kecuali dia menggunakan nama yang berbeza pada pasport yang berlainan, tidak ada rekod individu yang bernama Jho Low di China," katanya pada sidang media di sini, Sabtu.

Guan Eng berkata, beliau akan menyerahkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa dan menambah bahawa tiada apa yang akan menghentikan Jho Low daripada berdepan pertuduhan di Amerika Syarikat (AS).

ARTIKEL BERKAITAN: Jho Low kini sembunyi macam tikus - Tun M

Pada Jumaat, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyamakan Jho Low seperti tikus yang bersembunyi daripada pihak berkuasa AS dan Malaysia.

Dr Mahathir berkata demikian bagi mengulas laporan bahawa Jabatan Kehakiman (DoJ) AS mendakwa pegawai bank Goldman Sachs dan ahli perniagaan itu pada Khamis berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jho Low

Artikel Lain