Polis nafi cuba 'cover up' kes seksual seorang Ahli Parlimen - Semasa | mStar

Polis nafi cuba 'cover up' kes seksual seorang Ahli Parlimen

KANGAR: Polis menafikan dakwaan berlakunya cubaan menutup atau ‘cover up' kes seksual melibatkan seorang anggota Parlimen di Perlis, sebaliknya siasatan dijalankan secara sulit mengikut prosedur ditetapkan kerana kes membabitkan mangsa bawah umur.

Ketua Polis Perlis SAC Noor Mushar Mohamed berkata pihaknya tidak sama sekali bertindak berat sebelah kerana suspek seorang VVIP dan menegaskan mana-mana individu yang terlibat jenayah akan tetap dibawa ke muka pengadilan.

“Polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan selesai sahaja siasatan kita akan serahkan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Beliau mengulas dakwaan Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (Mywatch) Datuk R Sri Sanjeevan menerusi akaun Twitternya yang mempertikaikan mengapa anggota Parlimen terbabit sehingga kini masih belum ditangkap sedangkan laporan polis sudah dibuat mangsa.

Difahamkan, satu laporan polis dibuat baru-baru ini yang mendakwa mangsa berusia 15 tahun dicabul oleh anggota Parlimen berkenaan, namun laporan itu ditarik balik keluarga mangsa.

Noor Mushar berkata walaupun keluarga mangsa dikatakan menarik balik laporan, siasatan tetap diteruskan dan sebarang urusan antara keluarga mangsa dengan suspek tiada kaitan dengan pihak polis.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan semua pihak agar tidak campur tangan dalam urusan polis di samping memberi amaran kepada mereka agar membiarkan kes disiasat polis mengikut prosedur yang ditetapkan.

“Saya juga mahu beri amaran khusus kepada Sanjeevan, jangan campur tangan dalam siasatan polis, jangan buat benda tidak elok dengan menuduh pihak polis tidak buat kerja,” katanya.

polis nafi , MP Perlis

Artikel Sebelum

Asyraf Wajdi ‘kagum’ dengan Mujahid

Klik

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain