Rasuah dibanteras dengan pertukaran kerajaan - Dr Mahathir - Semasa | mStar

Rasuah dibanteras dengan pertukaran kerajaan - Dr Mahathir

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata gejala rasuah yang dilihat berleluasa sebelum ini telah dapat ditangani oleh kerajaan baharu pimpinan beliau sehingga masyarakat kini sudah kurang bercakap mengenainya.

Perdana menteri berkata ini kerana orang ramai termasuk syarikat dan peniaga sekarang boleh berurusan dengan kerajaan tanpa melibatkan elemen rasuah.

"Kita dapati cakap-cakap mulut dan komplen dari syarikat dan peniaga bahawa kerajaan (terpalit) rasuah tak kedengaran lagi. Dan kalau kita pergi ke luar negara tiada lagi orang bertanya, eh apa jadi kepada negara kamu.

Ini kerana apabila kita menukar kerajaan (sebelum ini) kita sekali gus sudah banteras rasuah. Rasuah sudah hampir tidak ada kerana orang takut dengan undang undang yang kita gubal (dan dikuatkuasakan)," kata perdana menteri.

Dr Mahathir berkata demikian dalam temu bual khas yang disiarkan stesen televisyen Astro Awani

Dr Mahathir menyifatkan usaha yang dilakukan kerajaan bagi memerangi rasuah telah membawa kepada kejayaan yang besar.

Beliau menegaskan jentera pentadbiran kerajaan juga telah dibersihkan daripada pegawai-pegawai yang didapati tidak menjalankan tugas yang diamanahkan sebaliknya disyaki melakukan penyelewengan dengan cuba mencari keuntungan buat diri sendiri.

"Kita sudah singkirkan orang macam ini dan kalau kita dapati ada unsur jenayah maka tindakan akan diambil terhadap mereka," katanya.

Beliau menarik perhatian bahawa kerajaan perlu memastikan bukti kukuh diperoleh sebelum membawa mana-mana kes rasuah melibatkan orang politik atau bukan politik ke mahkamah.

"Kita nak buat sekali (dakwa semua sekali) tak mampulah kerana setiap satu kes mesti diselidik supaya kita ada bukti jelas yang boleh diterima mahkamah...sebab itu kita tumpu kepada (kes) yang penting dulu dan yang lain akan disusuli kemudian bila kita dapat maklumat dan bukti yang cukup," kata Dr Mahathir.- Bernama.

Tun Dr Mahathir

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Tiga lagi mayat dijumpai

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain

Vardy catat rekod gol luar biasa EPL