suria

PAS puas hati, tapi kaji semula prestasi PRK PD

Abdul Hadi Awang.

KUALA LUMPUR: PAS akan mengkaji semula prestasinya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson baru-baru ini, bagi menambah baik parti itu di kawasan berkenaan, kata presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Walaupun Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memenangi kerusi itu, Abdul Hadi berkata, beliau sangat berpuas hati mengenai PAS berjaya meraih lebih banyak undi pada PRK tersebut, jika dibandingkan semasa Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14.

"Kita mengucapkan tahniah kepada beliau (Anwar) dan kita sangat gembira PAS memperoleh lebih banyak undi kali ini.

"Walaupun bertanding sendiri sebagai sebuah parti dalam pertembungan tujuh penjuru, bilangan pengundi menyaksikan peningkatan dari lebih 6,000 kepada lebih 7,000.

"Sekarang, apa yang lebih penting adalah mengkaji semula untuk mengenal pasti pengundi-pengundi kita dan memperkukuhkan jentera di Port Dickson," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Dalam PRK Port Dickson, Sabtu lalu, calon PAS, Lt-Kol (Rtd) Mohd Nazari Moktar meraih 7,456 undi, berbanding calon PRU-14, Mahfuz Roslan, dengan 6,594 undi pada 9 Mei lalu.

PAS, Abdul Hadi Awang

Artikel Berikut

Artikel Lain