suria

Anwar tak intai jawatan Kabinet, jadi PM ke-8 bukan keutamaan

Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Presiden PKR dan Ahli Parlimen Port Dickson yang baru dipilih, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi bahawa beliau tidak berhasrat untuk berkhidmat dalam Kabinet buat masa ini.

Ditanya sekiranya beliau mengintai mana-mana jawatan tertentu dalam Kabinet, Anwar berkata: "Adakah anda mencadangkan satu untuk saya sekarang? Jika ya, saya boleh pertimbangkan.

"Tidak, saya masih dengan pendirian sebelum ini bahawa saya tidak berhasrat untuk berkhidmat dalam mana-mana jawatan," katanya pada sidang media di Parlimen, Isnin.

Pada masa sama, Anwar berkata, rancang untuk menjadikan beliau sebagai perdana menteri kelapan bukan keutamaan ketika ini, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberikan ruang untuk memimpin kerajaan.

Anwar berkata, rancangan untuk akhirnya menjadikannya sebagai perdana menteri kelapan tidak menjadi keutamaan pada masa ini, kerana Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberi ruang untuk memimpin kerajaan.

"Saya tidak fikir ia menjadi perhatian, saya telah mengulangi perkara ini, biarlah beliau mempunyai ruang dan peluang untuk terus memimpin (kerajaan) tanpa sebarang tekanan.

"Ini sangat penting kerana beberapa keputusan penting perlu dibuat oleh Dr Mahathir dan Kabinet," katanya. 

Anwar Ibrahim

Artikel Lain