Wanita keluar dari teksi, meluru ke kereta peronda polis minta bantuan - Semasa | mStar

Wanita keluar dari teksi, meluru ke kereta peronda polis minta bantuan

PETALING JAYA: Seorang wanita yang dipercayai berada dalam keadaan trauma tekad melarikan diri dari sebuah teksi dan menerpa ke arah sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Zani Che Din  berkata, wanita yang dipercayai keturunan Thai itu meluru ke arah kereta peronda ketika berada di persimpangan lampu isyarat di Sri Damansara pada kira-kira pukul 10.15 pagi Khamis.

"Wanita itu meminta bantuan dan polis menghubungi ambulans membawanya ke Hospital Sungai Buloh.

"Bahagian penyiasat D11 (Seksyen Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak) yang bertugas telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya ketika dihubungi.

Mohd Zani turut memberitahu, keterangan pemandu teksi akan turut diambil.

"Identiti wanita itu belum disahkan," katanya.

Wanita , Teksi

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.