suria

“Lama sepi, tak keluar TV, apa istilahnya?”- Vida minta artis tak melatah perkataan ‘sendu’

PETALING JAYA: Gara-gara dikecam hebat kerana istilah 'sendu', Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Seri Vida (DSV) meminta artis lain supaya tidak cepat melatah dengan kenyataan tersebut.

"Jangan salah tafsir istilah 'sendu' yang saya maksudkan. Saya tak maksudkan 'sendu' tu bermakna anda bukan siapa-siapa.

"Ia merujuk kepada perbezaan anda dari zaman kegemilangan dan setelah anda tak gemilang. Kenapa nak terasa?," katanya kepada mStar Online.

Malah, Vida turut menggesa orang ramai supaya membetulkan istilah yang digunakannya itu jika ia salah.

"Kalau artis tu dah lama tak menyanyi, lama menyepi, lama menghilang dan lama tak muncul TV apa istilahnya tu?

"Kalau saya salah, tolong betulkan. Bagi saya jawapannya," kata pengasas produk Qu Puteh itu.

Pada Ahad, Vida menegaskan beliau tiada sebarang niat untuk membuli artis demi kepentingan diri sendiri sebagaimana didakwa penyanyi Aishah.

Aishah mendakwa rantai berlian pemberian Vida sebagai palsu.

Sebaliknya, Vida berkata program realiti popular itu diadakan bertujuan untuk mengangkat martabat artis yang 'sendu'.

ARTIKEL BERKAITAN: Di mana Aishah sebelum GV? Tiada niat buli tapi bantu naikkan artis 'sendu'

Penggunaan istilah 'sendu' yang diberikan Vida terhadap peserta program GV turut mendapat perhatian beberapa artis.

Antaranya, penyanyi irama Malaysia, Noraniza Idris yang memberitahu berkecil hati dengan kenyataan itu.

"Apa nii...? GV untuk artis sendu naik balik... Astaghfirullah... desperate ke artis lama masuk GV...? Kecik hati saya," tulis Noraniza dalam satu posting di Instagram miliknya pada Isnin.

Posting tersebut turut mendapat perhatian pengikutnya dan beberapa artis terkenal termasuk Fauziah Latif.

"@datoserivida Mind your language and please have a respect for yourself and to other as well!!! Thank u kak ani," tulisnya pada ruangan komen posting tersebut.

Datuk Seri Vida

Artikel Sebelum

"Cash bukan lagi king" - Tun M

Artikel Lain