suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilihan PKR: Wilayah Persekutuan pilih Rafizi

KUALA LUMPUR: Keputusan pemilihan PKR Wilayah Persekutuan pada Ahad menyaksikan Rafizi Ramli mendahului pencabarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden parti itu.

Keputusan tidak rasmi pemilihan yang dikemas kini dalam laman web pemilihan PKR menyaksikan Rafizi memperoleh 2,929 undi manakala Mohamed Azmin mendapat 2,789 undi dengan majoriti 140 undi.

Sebanyak 13 cabang PKR bagi pemilihan kali ini iaitu Kepong, Batu, Wangsa Maju, Segambut, Setiawangsa, Titiwangsa, Bukit Bintang, Lembah Pantai, Seputeh, Cheras, Bandar Tun Razak, Labuan dan Putrajaya.

Rafizi menang di tujuh cabang sementara Azmin menjadi pilihan di enam cabang lain.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din berkata, JPP hanya akan muktamadkan keputusan untuk cabang-cabang Wilayah Persekutuan setelah Peti Undi Ragu dibuka. - Sinar Harian

Rafizi Ramli

Artikel Lain