suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anifah belum ada rancangan tubuh parti baharu

KOTA KINABALU: Tiga hari selepas Anggota Parlimen Kimanis Datuk Seri Anifah Aman mengumumkan keluar dari Umno, tersebar khabar angin mengatakan beliau akan menubuhkan sebuah  parti politik.

Bagaimanapun, ketika dihubungi pada Sabtu, Anifah bagaimanapun berkata beliau tidak mempunyai  rancangan menubuhkan sebuah parti yang akan menjadi pembangkang kepada kerajaan baharu.

“Belum ada rancangan,” jawabnya ringkas dalam mesej whatsapp kepada Bernama.

Anifah mengumumkan keluar dari Umno pada Rabu lalu selaras dengan ikrarnya untuk bertindak demikian jika beliau tidak lagi dapat memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah menerusi parti itu dan Barisan Nasional (BN).

Katanya, tanpa Umno dan BN berkuasa, perjuangannya untuk mengembalikan hak rakyat Sabah sebagaimana terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan sia-sia.-Bernama

Datuk Seri Anifah Aman

Artikel Berikut

Wak Doyok sertai Amanah

Artikel Lain