suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejam! Dua lelaki bunuh kucing bunting, sumbat dalam mesin dobi

PETALING JAYA: Dua lelaki bertindak kejam menyumbat seekor kucing betina yang sedang bunting ke dalam mesin pengering layan diri di sebuah kedai dobi di Taman Gombak Ria di sini.

Insiden tersebut berlaku pada kira-kira 12.30 tengah malam Selasa, yang dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dan dimuat naik di Facebook.

Rakaman CCTV yang dikongsi oleh halaman Facebook Malaysian Response Team (MRT), menunjukkan kedua-dua lelaki merupakan pelanggan di kedai dobi tersebut, manakala kucing berkenaan terbiar dipercayai dari kawasan berdekatan.

"Amat menyedihkan apabila ibu kucing malang berserta anak dalam kandungannya mati dalam keadaan tragis dengan berlumuran darah," menurut status itu.

Keterangan bersama video tersebut disertakan kenyataan MRT dan Persatuan Haiwan Malaysia yang mengutuk tindakan berkenaan, sambil menyifatkan ia tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia.

"Laporan polis dibuat di Balai Polis Taman Seri Gombak, dan pesalah mungkin berdepan dengan hukuman mengikut Akta Kebajikan Haiwan 2015," tambahnya.

Artikel Berikut

Artikel Lain