suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anggota bomba ditendang gara-gara lewat tiba di lokasi kebakaran

Kampung Gelam, Sandakan.

KOTA KINABALU: Seorang anggota bomba diserang seorang penduduk kampung ketika memadamkan kebakaran di kawasan Kampung Gelam di Sandakan, Sabah.

Penyerang yang rumahnya terbakar itu, dilaporkan menendang dan menumbuk anggota bomba tersebut kerana marah mereka lewat tiba di tempat kejadian.

Menurut seorang pegawai, petugas bomba yang diserang tidak cedera dan terus betugas memadamkan kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya 35 rumah setinggan semasa insiden berlaku pada 2 pagi Ahad.

Penyerang terbabit telah dibawa ke balai polis.

Ketua Polis Sandakan, Asisten Komisioner Azhar Hamin berkata, lelaki itu ditahan di bawak Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

"Kami akan memohon perintah reman ke atas suspek juga," katanya.

Beliau juga menambah, laporan mengenai insiden itu telah dibuat. - The Star

kebakaran

Artikel Lain