suria

Kes Musa Aman terus disiasat, banyak keterangan diambil

Musa Aman.

KOTA KINABALU: Polis Sabah mengambil keterangan daripada beberapa individu bagi melengkapkan siasatan terhadap kes ugutan jenayah membabitkan bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman.

Bekas pesuruhjaya polis Sabah, Datuk Ramli Din berkata, mereka pada mulanya menyerahkan kertas siasatan fasa pertama kepada Jabatan Peguam Negara, tetapi diminta untuk memberi maklumat lanjut berhubung siasatan.

"Oleh itu, kita telah menyoal siasat dan mengambil kenyataan lebih ramai individu," katanya, sambil menambah bahawa mereka akan menyerahkan kertas siasatan yang lengkap kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, Musa yang kini dalam jaminan polis, dipantau.

"Pergerakannya diawasi, kita tidak tahu bila dia merancang untuk pulang ke Sabah," katanya.

Kebanyakan keterangan dirakamkan di Sabah.

Musa dilaporkan menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Beliau perlu kembali ke Sabah bagi membantu siasatan dan mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Sibuga pada 11 September ini, atau berisiko kerusinya akan diisytiharkan kosong.

Musa Aman

Artikel Sebelum

Kereta CH-R menanti abah!

Artikel Berikut

Artikel Lain