Shafie gagal batal saman pemula difailkan Musa

KOTA KINABALU: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada Jumaat gagal untuk membatalkan saman pemula yang difailkan oleh bekas ketua menteri, Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri Sabah pada 12 Mei lalu.

Hakim Datuk Yew Jen Kie, ketika menyampaikan keputusan menerusi telesidang di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, berkata Musa, selaku plaintif, telah mengemukan persoalan mengenai undang-undang yang menyebabkan saman pemula itu tidak sesuai untuk dibatalkan.

"Setelah meneliti afidavit dan hujahan pihak berkenaan, saya berpuas hati bahawa plaintif telah menimbulkan persoalan tentang undang-undang yang memerlukan pertimbangan penuh yang menyebabkan saman pemula tidak disengaja dibatalkan.

“Oleh itu, saya memutuskan untuk menolak permohonan berkenaan dengan kos," katanya pada prosiding kes saman berkenaan.

Beliau turut mengarahkan pihak plaintif mengemukakan penghujahan ke atas saman pemula terhadap Mohd Shafie pada atau sebelum 14 Sept ini manakala Mohd Shafie, selaku defendan memfailkan penghujahan pada atau sebelum 24 Sept ini.

Plaintif turut diarah memfailkan jawapan mereka pada 5 Okt ini. Yew kemudian menetapkan 26 Okt ini untuk keputusan.

Mohd Shafie diwakili oleh peguam Datuk Douglas Lind manakala Musa diwakili oleh Tengku Fuad Tengku Ahmad dan Suku Vanugopal.

Pada Jun lalu, Musa memfailkan saman dengan disokong afidavit terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie berkaitan isu pelantikan Ketua Menteri.

Writ saman berkenaan difailkan menerusi firma guaman Messr FT Ahmad  and  Co yang mewakili Musa, menggantikan saman difailkan pada 17 Mei lalu yang dibatalkan.

Saman berkenaan bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukkan undang-undang, selain mendakwa pengakuan sumpah Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri oleh Yang di-Pertua Negeri pada 12 Mei lalu adalah tidak berperlembagaan dan tidak sah.

Bagaimanapun, pada 5 Jun lalu, Mohd Shafie mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi untuk membatalkan saman Musa atas alasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu tidak mempunyai alasan munasabah untuk mencabar pelantikannya.

Pada hari berikutnya,  Musa memfailkan saman baharu terhadap Juhar dan Mohd Shafie dengan menuntut pengisytiharan bahawa beliau kekal sebagai Ketua Menteri yang sah mengikut peruntukan undang-undang.

Musa mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri di hadapan Juhar pada 10 Mei lalu berdasarkan majoriti 31 kerusi menerusi kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR).

Bagaimanapun, dua hari kemudian Musa hilang majoriti apabila beberapa wakil rakyat BN menyokong gabungan Parti Warisan Sabah (WARISAN) dan Pakatan Harapan (PH) untuk membentuk kerajaan dengan Mohd Shafie sebagai Ketua Menteri. - Bernama

Klik

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain