suria

Mahkamah Admiralti benarkan Kerajaan Malaysia, kumpulan 1MDB jual kapal Equanimity

KUALA LUMPUR: Mahkamah Admiralti membenarkan permohonan oleh Kerajaan Malaysia, 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan dua anak syarikatnya untuk menjual kapal mewah Equanimity.

Ong Chee Kwan, selaku peguam 1MDB dan dua anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Ltd dan 1MDB Global Investment Ltd memberitahu pemberita perkara tersebut selepas prosiding dalam kamar mahkamah di hadapan Hakim Khadijah Idris, Jumaat.

Beliau menjelaskan bahawa mereka cuba melakukan permohonan untuk menjual kapal itu sebelum membuat keputusan tentang tindakan seterusnya.

Kata Ong, kapal itu adalah aset yang berkurangan daripada segi nilai memandangkan kos penyenggaraannya sangat tinggi dan harga akan semakin jatuh jika semakin lama ia tidak dijual.

Dalam tindakan guaman tersebut, kerajaan dan kumpulan 1MDB dinamakan sebagai pemilik kapal Equanimity of Cayman Islands. - The Star

Artikel Lain