suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiada perubahan dasar terhadap China - Tun M

Tun M (tiga,kiri) bersama Presiden China, Xi Jinping (dua,kanan) ketika mesyuarat dua hala di Diaoyutai State Guest House pada Isnin. -fotoBERNAMA

BEIJING: Tidak akan berlaku sebarang perubahan dasar terhadap China di bawah kerajaan Malaysia yang baharu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir memberikan jaminan itu semasa mengadakan pertemuan dengan Presiden China Xi Jinping di Rumah Tetamu Negara Diaoyutai di sini, Isnin.

"Kami berada di sini untuk memberi jaminan kepada kerajaan China dan rakyatnya bahawa tidak akan berlaku sebarang perubahan dalam dasar," kata perdana menteri.

Dr Mahathir kini dalam rangka lawatan rasmi lima hari di China.

Beliau menegaskan dasar Malaysia terhadap China akan diteruskan.

Pada masa sama, beliau turut mengambil peluang itu untuk menyatakan Malaysia mengambil pendirian mesra terhadap negara-negara lain yang mesra.

Perdana menteri juga berkata China telah sejak sekian lama menjadi rakan dagangan Malaysia.

Dr Mahathir memberitahu Xi yang beliau kagum dengan tahap pembangunan dicapai China, ekonomi kedua terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat.

"Kami melihat China sebagai model pembangunan," katanya.

Lawatan Dr Mahathir di China berakhir pada Selasa. - BERNAMA

Tun M, China

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain