Mais cadang had umur minimum perkahwinan 18 tahun - Semasa | mStar

Mais cadang had umur minimum perkahwinan 18 tahun

Perkahwinan budak perempuan 11 tahun dengan seorang peraih getah di Kelantan baru-baru ini menggemparkan negara.

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) mencadangkan pindaan had umur minimum perkahwinan bagi wanita adalah 18 tahun berbanding 16 tahun di bawah undang-undang sedia ada.

Dalam satu kenyataan, Mais memaklumkan pihaknya memandang serius isu perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan seorang lelaki berusia 41 tahun yang berlaku di Selatan Thailand, baru-baru ini.

Menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada 19 dan 20 Julai lalu, Mais dengan kerjasama Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Jakess) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengadakan satu perbincangan mendalam bagi menangani masalah tersebut.

Ia turut melibatkan pakar daripada pelbagai jabatan dan agensi kerajaan khususnya dalam bidang perubatan, universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).

“Hasil perbincangan tersebut, memutuskan cadangkan pindaan kepada peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 yang melibatkan had umur minimum bagi perkahwinan di bawah umur bagi orang-orang Islam di Negeri Selangor.

“Cadangan pindaan adalah menaikkan had umur minimum perkahwinan bagi wanita daripada 16 tahun kepada 18 tahun selaras dengan had umur minimum bagi lelaki Islam di negeri ini,” katanya.

Cadangan pindaan peruntukan di bawah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 tersebut akan dibawa dalam sidang Dewan Negeri Selangor secepat mungkin.

Beliau berkata, mesyuarat itu juga memutuskan untuk memperketat kelulusan perkahwinan di bawah umur oleh pihak Hakim Mahkamah Syariah dengan mengambil kira kepentingan kanak-kanak terlibat dalam perkahwinan tersebut.

Ujarnya, antara syarat dicadang diperketatkan termasuk mewajibkan hakim mengarahkan kanak-kanak terlibat menjalani beberapa Kursus Kekeluargaan Khas dan menghadiri sesi kaunseling dikendalikan kaunselor Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kanak-kanak terlibat perlu jalani pemeriksaan perubatan dikendali pegawai perubatan hospital kerajaan. Hakim juga wajib siasat kedudukan ekonomi bakal suami, rekod jenayah lampau (sekiranya ada) dan panggil bakal suami, isteri dan ibu bapa mertua atau mana-mana pihak lain untuk diambil keterangan sebelum sesuatu permohonan dipertimbangkan.

“Selain itu, terdapat beberapa syarat lain yang bersifat ‘procedural’ perlu dikemaskini dan ditambah baik demi kepentingan mereka yang berhasrat berkahwin di usia muda ini,”katanya.

Katanya lagi, menjadi hasrat Mais undang-undang dipinda bagi memastikan kepentingan masa depan kanak-kanak sentiasa menjadi fokus utama dan menjadi sebagai pertimbangan utama Hakim dalam membuat sebarang keputusan yang melibatkan permohonan pernikahan bawah umur

“Isu tersebut menjadi berleluasa bukan sahaja di negara ini malah menjadi satu masalah global berlaku di seluruh dunia yang harus ditangani secara holistik dan berkesan,” katanya lagi. - Sinar Harian

Mais , umur , kahwin

Artikel Sebelum

Wanita rentung, lima cedera

Artikel Berikut

"Mata dia hari-hari berdarah"

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

Artikel Lain