suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kementerian Pendidikan siasat tuduhan rasuah, gangguan seksual

Dr Maszlee Malik.

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan menyiasat dakwaan rasuah dan gangguan seksual yang melibatkan beberapa pegawai tertingginya, lapor portal Malaysiakini.

Memetik Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sebagai berkata, perkara tersebut sedang disiasat. 

Dakwaan tersebut dibuat menerusi surat tidak bernama yang dihantar kepada kementerian itu dan Malaysiakini.

"Pegawai saya sedang menyiasat perkara itu sama ada benar atau sebaliknya," kata Dr Maszlee kepada Malaysiakini pada Selasa.

Penulis surat itu mendakwa seorang pengarah jabatan melakukan gangguan seksual terhadap pegawai-pegawai wanita termasuk dirinya sebagai mangsa.

Dua timbalan kepada pengarah itu didakwa terbabit dalam perolehan tender dan sebut harga bagi program kementerian.

Menurut Malaysiakini, surat berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan contoh yang jelas untuk menyokong tuduhan berkenaan.

Surat itu menjelaskan bahawa pengarah itu hanya melakukan gangguan seksual terhadap wanita, dan tidak terlibat dengan salah laku dua timbalannya.

Artikel Lain