suria

Ribuan hadir dalam Himpunan Kebangkitan Ummah

KUALA LUMPUR: Dianggarkan seramai 3,000 umat Islam dari seluruh negara membanjiri Himpunan Kebangkitan Ummah di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Bharu, Sabtu.

Kehadiran mereka turut disertai pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) termasuk Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).


Selain itu, Budayawan, Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan dijadualkan akan memberi ucapan pada himpunan itu.

Perhimpunan tersebut yang bertemakan Malaysia Baru Pasca PRU-14: Islam Melayu Terancam dimulakan dengan bacaan al-Fatihah dan laungan ‘Allahuakbar’.-Sinar Harian

Himpunan Kebangkitan Ummah

Artikel Sebelum

Artikel Lain