Janji PRU14 PH akan dilaksana - Semasa | mStar

Janji PRU14 PH akan dilaksana

KUALA LUMPUR: Kerajaan berpegang kepada janjinya yang terkandung dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 dan komited untuk merealisasikannya, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau bagaimanapun berkata tumpuan kerajaan Pakatan Harapan (PH) bukan sekadar melaksanakan janji-janji berkenaan sahaja malah usaha turut dibuat untuk memperbaiki semula pentadbiran kerajaan.

“Dalam masa 100 hari ini juga banyak kerja yang perlu dilaksanakan kerajaan. Yang diutamakan ialah tindakan membersihkan kerajaan daripada kerosakan hasil daripada gejala rasuah dan salah guna kuasa yang melanda jentera kerajaan terdahulu," kata Dr Mahathir pada sesi soal jawab semasa persidangan Dewan Rakyat, Selasa.

Menurutnya, usaha ini dibuat antaranya menerusi tindakan undang-undang terhadap jenayah yang dikesan dalam kerajaan, usaha mengesan dan membawa balik wang milik kerajaan yang hilang, menyusun semula jabatan dan seumpanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata jabatan dan agensi kerajaan juga sedang meneliti mekanisme pelaksanaan janji-janji itu supaya ia dapat dilaksanakan secara teratur dan mengikut undang-undang.

Merujuk kepada 10 janji 100 Hari yang dibuat PH menjelang PRU14, Dr Mahathir berkata usaha melaksanakannya telah dibuat tetapi hasilnya tidak semua boleh dicapai dalam 100 hari bagi memastikan janji-janji itu dapat dilaksana dengan teratur dan mengikut undang-undang.

Katanya, selepas 70 hari PH membentuk kerajaan baharu sejak Mei lepas, dua daripada 10 janji itu telah dilaksana, enam lagi dalam proses pelaksanaan manakala dua lagi belum dilaksana.

“Kerajaan komited untuk realisasikan kesemua janji itu atas dasar accountability kami kepada rakyat,” tegas Dr Mahathir.

Contohnya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang melihat untuk melaksanakan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk golongan suri rumah.

Janji yang tidak melibatkan kos juga telah dilaksana seperti penghapusan senarai hitam melibatkan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kata beliau. - BERNAMA

Tun M , Dewan Rakyat , PRU14

Artikel Sebelum

Belum boleh sahkan Jho Low ditangkap - KPN

Artikel Berikut

Tun M tak sedar Jho Low ditahan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain