suria

R.AGE bolot Kajai kali kedua

KUALA LUMPUR: Wartawan R.AGE The Star memenangi Anugerah Kajai buat kali kedua berturut-turut pada Majlis Penyampaian Anugerah Kewartawan Malaysia 2017 MPI-Petronas 2017 sempena Malam Wartawan Malaysia 2018 di sini malam Jumaat.

Kumpulan itu mengungguli kategori tersebut menerusi laporan bertajuk ‘The Student Trafficking Trade'.

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, sijil dan trofi.

Timbalan Eksekutif Editor RAGE dan penerbit Ian Yee berkata ia merupakan satu pencapaian bagi sekumpulan wartawan muda untuk memenangi Anugerah Kajai buat kali kedua berturut-turut.

"Bagi kelompok kecil wartawan muda untuk memenangi Anugerah Kajai dua tahun berturut-turut adalah pencapaian luar biasa dan kumpulan saya di R.AGE melakukannya ketika menegakkan tradisi terbaik profesion kami.

"Saya berharap apa yang mereka capai akan memberi inspirasi kepada golongan muda di luar sana untuk terus berjuang terhadap perkara yang betul," kata Yee selepas menerima anugerah berprestij dari Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah di sini malam Jumaat.

Anugerah berprestij itu menjadi milik R.AGE sebulan selepas kumpulan itu memenangi Anugerah SOPA untuk laporan penyiasatan.

Yee berharap anugerah itu akan menjelaskan mengenai nasib mangsa pemerdagangan manusia yang tidak mempunyai dokumen di seluruh negara.

"Kami amat berbangga berada di sini bersama rakan-rakan dalam industri kerana tahu betapa sukarnya tugas wartawan di Malaysia," katanya.

R.AGE, The Star, Anugerah Kajai

Artikel Lain