Benam kepala budak dalam baldi - Semasa | mStar

Benam kepala budak dalam baldi

Gambar hiasan.

IPOH: Seorang lelaki yang didakwa membenam kepala seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ke dalam baldi berisi air tahun lepas, pada Khamis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kematian kanak-kanak itu.

Tertuduh, Mustaqim Ab Wahab, 32, didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Perdagangan DWJ Meru, di sini pada 24 Mei tahun lepas antara pukul 4 dan 5.41 pagi.

Dia didakwa dengan sengaja membenam kepala Fatini Aleysya Karim, 2, ke dalam baldi berisi air sehingga menyebabkan kematian kepada mangsa.

Dia didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, yang boleh dihukum di bawah akta yang sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Hakim, Datuk Julie Lack Abdullah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 13 Ogos depan untuk sebutan semula kes.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Naidatul Athirah Azman manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu. - Bernama

Artikel Sebelum

Bekas pegawai khas Najib direman

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

Artikel Lain