55.2 peratus pesalah laku rasuah golongan belia - Semasa | mStar

55.2 peratus pesalah laku rasuah golongan belia

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, trend salah laku rasuah di kalangan belia semakin menurun, menunjukkan semakin ramai rakyat sedar mengenai akibat daripada salah laku berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri berkata, walaupun tidak mempunyai statistik yang tepat, namun beliau dimaklumkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa jumlah kes bagi lima tahun sebelum ini menurun berbanding sebelumnya.

"Ini bermakna belia kita semakin terdedah dan memahami masalah dan anomaliti," katanya selepas menyaksikan penyerahan sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records kepada SPRM bagi penganjuran program 'Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages' di sini, Sabtu.

Turut hadir Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad dan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Bagaimanapun, Dr Wan Azizah yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melahirkan kerisauannya terhadap jumlah pesalah laku belia yang tetap melebih separuh dari jumlah keseluruhan pesalah rasuah.

Dr Wan Azizah berkata, bagi tempoh 2013 sehingga Mei lepas, sebanyak 2,238 orang atau 55.2 peratus pesalah laku rasuah adalah daripada golongan belia.

"Perkara ini amat membimbangkan kerana golongan ini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang," katanya.

Katanya, beliau turut memandang serius jenayah rasuah di kalangan wanita kerana statistik SPRM menunjukkan bahawa dari 2012 sehingga Januari lepas, sebanyak 700 kertas siasatan dibuka, 453 ditangkap bagi membantu siasatan rasuah dan 183 dihadapkan ke mahkamah untuk pertuduhan.

Tegasnya, sejarah dunia telah menunjukkan bahawa jenayah rasuah telah menyebabkan kejatuhan beberapa kerajaan yang hebat dan Malaysia juga hampir menghadapi situasi sama.

"Bagaimanapun dengan kekuatan suara keramat, kebangkitan rakyat Malaysia (pada PRU14) telah merubah landskap ini," katanya.

Dr Wan Azizah berkata kini tiba masanya untuk semua rakyat memainkan peranan bersama untuk membina semula negara, dan beliau percaya Malaysia baharu di bawah pimpinan Pakatan Harapan akan lebih membangun seiring pembangunan insaniah rakyatnya.

Program Walk Stop Talk: Six Hours Quarter Million Messages dianjurkan secara serentak pada Sabtu di seluruh negara bagi menyebar luas mesej pencegahan rasuah kepada masyarakat umum.

Program anjuran SPRM dengan kerjasama Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) itu diadakan bagi mendapatkan suku juta tandatangan masyarakat menentang jenayah rasuah untuk dijadikan penanda aras bagi mendapatkan pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records.

Seramai 1,000 peserta termasuk pegawai SPRM dan warga pendidik dari 27 kampus IPGM bergerak serentak ke 262 lokasi di seluruh negara bermula 9 pagi sehingga 3 petang untuk bersemuka dengan masyarakat dan mengedarkan 250,000 risalah yang mengandungi maklumat berkaitan antirasuah.

Dr Wan Azizah memuji penglibatan pegawai SPRM dan pelatih IPGM dalam program pertama seumpamanya di negara ini hari ini untuk bersemuka dengan masyarakat dan mengedarkan 250,000 risalah mengenai anti rasuah kepada masyarakat tanpa henti selama enam jam.

"Inilah penzahiran kehendak hati suara mahasiswa yang ingin mengajak rakyat Malaysia secara keseluruhannya untuk bangkit bersama menolak rasuah dan salah guna kuasa," katanya. - Bernama

rasuah , SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Celia Zhang yang bayar...

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain