suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rakyat Malaysia maut terjatuh dari hotel di Hatyai

HATYAI: Seorang lelaki rakyat Malaysia maut dipercayai terjatuh dari tingkat lapan sebuah hotel di bandar ini yang terletak berhampiran sempadan Malaysia-Thailand.

Ketua Bahagian Siasatan Polis Hatyai, Kol Warodom Kongsuwannakhiri berkata, mayat lelaki dikenali Kong Soon Keong, 29, ditemukan di tingkat dua premis perniagaan yang terletak berhampiran dengan hotel itu kira-kira 9 pagi Sabtu (waktu tempatan).

“Hasil siasatan mendapati lelaki itu keluar berhibur di sebuah restoran berhampiran malam tadi dan pulang ke hotel kira-kira 1 pagi tadi,” katanya hari ini dan menambah, mangsa berasal dari Kuala Lumpur.

Polis percaya mangsa terjatuh dari bilik yang didiaminya bersama empat rakan lelakinya yang lain. Polis bagaimanapun akan meneruskan siasatan berhubung kejadian itu.

Warodom berkata, terdapat kesan kecederaan di badan mangsa.

Beliau berkata, mangsa bersama 15 rakannya telah mendaftar masuk untuk menginap di hotel berkenaan semalam dengan menyewa lima  bilik. Mayat mangsa kini berada di hospital berdekatan untuk proses bedah siasat. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain