Perincian siaran Piala Dunia RTM Selasa ini - Semasa | mStar

Perincian siaran Piala Dunia RTM Selasa ini

Gobind (kanan) beramah mesra bersama warga kerja kementerian beliau pada Majlis Berbuka Puasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Jumaat.
 -fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perincian berhubung penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk berkaitan penajaan akan dikongsi Selasa ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

Beliau berkata satu sidang media berhubung perincian tersebut seperti jumlah tajaan, bilangan perlawanan yang akan disiarkan dan keuntungan yang dijana akan diadakan di The Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.

"Semua orang teruja untuk tahu mengenai hal itu, jadi kita akan bawakan pasukan dari RTM bagi menjawab segala perkara berkaitan siaran bola sepak tersebut,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis berbuka puasa kementerian itu, di sini Jumaat.

Beliau mendedahkan setakat ini Maxis Berhad adalah penaja utama rancangan itu.

Sebelum ini, Gobind mengumumkan kerajaan melalui RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan dengan kos sebanyak RM30 juta untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia Fifa 2018 di Rusia bermula 14 Jun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 27 perlawanan akan ditayangkan secara langsung, manakala bakinya disiarkan melalui siaran tertunda.

Sebelum ini, Menteri Kewangan. Lim Guan Eng mengesahkan kerajaan tidak akan membuat sebarang pembayaran kerana pihaknya berjaya mencari penaja untuk membiayai kos bernilai RM30 juta bagi siaran langsung Piala Dunia itu.

Ditanya kemungkinan terdapat penambahan jumlah tayangan siaran langsung, Gobind berkata, beliau telah mengarahkan RTM untuk melihat perkara tersebut jika boleh dilakukan.

“Yang pasti perlawanan pembukaan dan perlawanan akhir akan disiarkan oleh RTM,” katanya.

Piala Dunia 2018 akan berlangsung di 12 lokasi di Rusia dengan perlawanan pertama dijadual bermula pada 14 Jun ini.

Terdahulu, Gobind menyampaikan sumbangan duit raya kepada 14 anak yatim dan anak kurang upaya serta 82 kakitangan kementerian dalam kalangan gred 14 dan ke bawah. -BERNAMA

Piala Dunia 2018 , RTM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wow... hipster yo!

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

Artikel Lain