suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tun M tak setuju polis tahan lelaki hinanya

PETALING JAYA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penahanan seorang lelaki yang didakwa telah mengkritiknya.

Susulan itu juga, beliau mengarahkan pihak polis untuk mengkaji tindakan yang telah diambil itu.

“Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya. Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” ciapnya di Twitter.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook, pada Khamis berkata suspek ditangkap berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan "penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam".

Bagaimanapun NGO berkenaan tidak dinamakan.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dipercayai, penahanan ini adalah yang pertama sejak pentadbiran negara diambil alih Pakatan Harapan (PH).

Pelbagai pihak, termasuk peguam dan ahli politik membidas tindakan pihak polis itu kerana kerajaan PH tidak berhasrat mencetuskan budaya ketakutan dalam kalangan masyarakat.

Mahathir, Facebook

Artikel Lain