suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suspek tetak mati tiga beradik direman

Suspek memakai baju jingga dibawa masuk ke Mahkamah Majistret Teluk Intan.

TELUK INTAN: Seorang pekerja penyelenggara yang dipercayai menetak serta mengelar tiga beradik sehingga mati di Kampung Sungai Haji Muhammad, Selekoh, Bagan Datuk semalam, ditahan reman tujuh hari bermula Jumaat.

Majistret Syahdatul Kamila Zakaria membenarkan suspek berusia 35 tahun tersebut ditahan reman sehingga 24 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna jingga tiba di Mahkamah Majistret Teluk Intan, kira-kira 8.55 pagi dengan dikawal ketat oleh anggota polis sebelum memasuki mahkamah satu jam kemudian.

Prosiding tahanan reman terhadap suspek yang juga rakan sekerja dan kenalan bapa ketiga-tiga mangsa tersebut berlangsung kira-kira 10 minit secara tertutup di Mahkamah Majistret Teluk Intan, pagi Jumaat.

Pada Khamis, tiga beradik iaitu dua lelaki dan seorang perempuan berusia lima hingga dua tahun maut selepas ditetak dan dikelar dengan parang oleh seorang lelaki yang menceroboh masuk ke dalam rumah mereka di Kampung Sungai Haji Muhammad.

Kejadian kira-kira jam 2.30 petang Khamis menyebabkan semua mangsa iaitu  Mohammad Faqhqih Zahirulhaq Mohd. Fadzil, 5, dan dua adiknya, Nur Ziah Fasihah, 2, dan Muhammad Firash Zaffril, 3 maut di lokasi kejadian.

Difahamkan kejadian itu berlaku setelah suspek dikenali ‘Rambo’ kawan kepada bapa mangsa memecah masuk ke rumah keluarga berkenaan dan menyerang mereka.

Selepas itu, suspek kemudian menghala ke Sekolah Kebangsaan Sungai Haji Muhammad dan telah menetak dua pelajar sekolah dan seorang awam. - Sinar Harian

Artikel Lain