suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima sekeluarga maut, seorang lagi kritikal nahas kereta-bas

KOTA KINABALU: Seorang kanak-kanak dua tahun adalah lima sekeluarga yang maut dalam nahas melibatkan kereta dan bas ekspres berhampiran Kampung Belisok, Ranau pada Khamis.

Mangsa keenam masih lagi dalam keadaan kritikal apabila mengalami kecederaan dalaman susulan insiden itu yang berlaku pada pukul 2 petang.

Menurut Ketua Polis Ranau, Timbalan Supritendan Farhan Lee Abdullah, mangsa dikenalpasti sebagai Mohd Aziratul Khizam Azis, 23, yang memandu kereta, ibunya Rubiah Anggau, 59, kakaknya, Azlina Azis, 35, dan ayahnya, Azis Pindungan, 60.

Empat mangsa meninggal di tempat kejadian.

Nur Aathera Darquez Richard, 2, anak perempuan Azlina, meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital Ranau.

"Siasatan awal mendapati keluarga ini dalam perjalanan dari Ranau ke Telupid selepas membeli-belah barangan runcit.

"Ketika mereka sampai di lokasi kemalangan itu, pemandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bas ekspres," katanya.

Farhan berkata, kereta itu tergelincir dan terbalik, menyebabkan mangsa terperangkap di bawah kenderaan.

Pemandu bas, dua pembantu dan 25 penumpang tidak mengalami kecederaan.

Telipud, Ranau

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain