suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pegawai SPRM di rumah Najib

Rumah Datuk Seri Najib Razak menjadi tumpuan petugas keselamatan.

KUALA LUMPUR: Kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta dekat sini dikunjungi pegawai dari Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Lapan pegawai SPRM itu tiba kira-kira pukul 4.30 petang Jumaat dengan menaiki dua buah kenderaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis sukar nilai rampasan 284 kotak tas tangan mewah, 72 beg wang tunai dan barang kemas

Turut kelihatan di kediaman tersebut beberapa orang ahli politik termasuklah Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Mohd Johari Baharum.

Datuk Seri Aziz Rahim (belakang) dan Datuk Seri Johari Baharom tiba di rumah Najib Razzak di Langgak Duta.

Tidak melepaskan peluang mengunjungi Najib ialah bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Difahamkan kehadiran pegawai SPRM itu bagi mendapatkan maklumat berhubung penyalahgunaan kuasa Najib.

Terdahulu dalam kejadian awal pada pagi Jumaat, pihak polis telah merampas 284 kotak berisi beg tangan mewah jenama Hermes dan Birkin di kondominium Pavilion Residence di ibu negara.

Turut dirampas ialah 72 beg berisi wang tunai pelbagai mata wang asing, barangan kemas, jam tangan serta barangan berharga lain yang kesemuanya ada kaitan dengan bekas pemimpin negara itu.

Najib, SPRM

Artikel Lain