suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anwar kembali ke Hospital Rehabilitasi Cheras

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Harapan (Harapan), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meneruskan rawatannya di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Perkara itu disahkan Naib Presiden PKR yang juga anak Anwar, Nurul Izzah kepada media.

“Anwar mengalami kesakitan pada bahu. Jadi beliau di Hospital Rehabilitasi Cheras bagi menjalani fisioterapi ketika ini,” katanya.

Anwar mengalami kecederaan kecil di bahagian bahu kanannya setelah kenderaan Jabatan Penjara yang membawanya pulang ke Penjara Sungai Buloh terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 22 September 2017.

Beliau perlu menjalani fisioterapi di Hospital Rehabilitasi Cheras setelah menjalani pembedahan November lalu. - Sinar Harian

Anwar Ibrahim

Artikel Lain