suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kayveas letak jawatan presiden MyPPP

M Kayveas.

SHAH ALAM: Tan Sri M Kayveas meletakkan jawatan sebagai presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) berkuatkuasa Isnin lalu.

Beliau membuat pengumuman melepaskan jawatan itu di laman Twitter pagi Rabu.

Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai penasihat kerajaan Perak.

"Berkuatkuasa 23 April ini, saya mengambil keputusan meletakan jawatan-jawatan itu," tulisnya.

Selain itu, Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan.

Dalam perkembangan terbaharu, media mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertingggi MyPPP di Hotel Hilton, Petaling Jaya tengah hari ini.

Dalam kenyataan itu, dinayatakan bahawa akan ada satu keputusan luar biasa dijangka akan diambil oleh MyPPP. - Sinar Harian

M Kayveas, MyPPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain