suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Guru ditahan disyaki cabul murid Tahun Dua

MIRI: Polis menahan seorang guru sebuah sekolah rendah di Batu Niah dipercayai telah mencabul kehormatan seorang murid perempuan Tahun Dua.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, guru lelaki berusia 40 tahun itu ditangkap pada 3.30 petang pada Selasa di pekarangan Balai Polis Miri.

“Mangsa adalah seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun kini belajar di Tahun Dua namun perbuatan mencabul itu dipercayai mulai berlaku sejak mangsa Tahun Satu,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

Dev berkata, perbuatan guru tersebut terbongkar apabila ibu mangsa berusia 26 tahun diberitahu oleh mangsa sendiri bahawa suspek sering mencabul kehormatannya dalam kelas di belakang meja guru yang menjurus kepada laporan polis dibuat pada bulan ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) dan 16(1) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017,” katanya sambil menambah perintah untuk mendapatkan tahanan reman akan dibuat pagi ini.-- Bernama



Dev Kumar, cabul, guru, Miri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain