Jenazah Fadi akan dikebumi di Palestin - Semasa | mStar

Jenazah Fadi akan dikebumi di Palestin

GOMBAK: Duta Palestin ke Malaysia, Datuk Dr Anwar Al Agha mengesahkan jenazah Imam Palestin, Dr Fadi Mohammed Al Batsh akan dibawa pulang dan dikebumikan di tanah kelahirannya, Palestin.

Menurutnya, kedutaan Palestin sedang dalam proses melengkapkan segala borang dan prosedur untuk membawa pulang jenazah Fadi sepertimana yang dimohon oleh keluarganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Keluarga minta jenazah mangsa tembak dibawa pulang ke Gaza

“Kedutaan juga telah berhubung terus dengan keluarga Fadi di Palestin setelah mereka memohon agar jenazah Fadi dibawa pulang ke Palestin.

“Bagaimanapun kita harus menghormati undang-undang di Malaysia, jadi kita perlu patuhi prosedur yang perlu dilalui bagi memudahkan urusan penghantaran pulang jenazah ke sana.

“Justeru, proses ini mungkin mengambil sedikit masa memandangkan ia melibatkan pelbagai pihak termasuk Mesir dalam urusan ini,” katanya dalam sidang media sewaktu hadir ke Unit Forensik Hospital Selayang, Ahad.

Pengesahan berkenaan bermakna jenazah Fadi tidak akan dikebumi di Malaysia, yang pada awalnya dijangka dikebumikan pada Ahad.

Selain itu, Anwar memberitahu, kematian Fadi akibat ditembak pada awal pagi Sabtu lalu serta permintaan keluarganya, turut mendapat perhatian Presiden Palestin, Mahmoud Abbas.

Katanya, Mahmoud kemudiannya telah mengarahkan Kedutaan Palestin di Malaysia menyelesaikan segala urusan dan keperluan bagi penghantaran pulang jenazah Fadi bersama isteri dan tiga anaknya.

Sementara itu, mengulas berhubung suspek kejadian, Anwar menjelaskan pihaknya yakin dengan kemampuan dan keupayaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengesan individu yang menembak mati Fadi.

“Kita serahkan perkara itu kepada pihak berkuasa di Malaysia dan kita yakin dengan keupayaan pasukan polis Malaysia untuk mengesan pelaku yang bertanggungjawab.

“Kedutaan juga yakin polis Malaysia mampu siasat dan menyelesaikan kes ini seterusnya membawa individu terbabit ke muka pengadilan,” katanya. - Sinar Harian

Dr Fadi Mohammed Al Batsh

Artikel Sebelum

PDRM jamin keselamatan keluarga Fadi

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain