suria

Tun M mohon maaf cakap 'Keling'

Dr Mahathir Mohamad.

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad memohon maaf kerana menggunakan perkataan "keling", namun beliau tidak bermaksud untuk menghina mana-mana pihak.

"Saya ingin memohon maaf kepada masyarakat India. Saya memohon maaf sekiranya saya telah menyebabkan sebarang masalah," kata pengerusi Pakatan Harapan itu pada sidang media di sini, Selasa.

Dr Mahathir menyebut perkataan itu semasa mengkritik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada majlis pengumpulan dana di Johor, 7 April lalu.

Beliau dilaporkan berkata: "Saya nak guna perkataan Keling. Orang Keling kata, 'podah'." 

Pada awalnya semasa dikritik menggunakan istilah itu, Dr Mahathir enggan menarik balik kenyataan tersebut dengan mendakwa perkataan "keling" tidak membawa konotasi buruk di Kedah, di mana beliau dilahirkan dan dibesarkan.

"Saya telah menggunakan perkataan 'keling' sejak kecil, tidak ada masalah," katanya kepada pemberita pada Ahad lalu.

"Rakan saya 'keling' tidak pernah memarahi saya, jadi mengapa MIC marah?" katanya, yang merujuk kepada aduan oleh Ketua Bendahari MIC, Datuk Seri S. Vell Paari bahawa Dr Mahathir bersifat perkauman menggunakan perkataan itu.

"Keling" merupakan perkataan yang dianggap menghina dan menyinggung masyarakat India.

Bagaimanapun, maksud asalnya merujuk kepada zaman kegemilangan India dan hubungannya dengan Asia Tenggara menerusi empayar Kalinga di timur tengah India.

Pedagang-pedang Kalinga menetap di Asia Tenggara dan kaum India dirujuk sebagai orang-orang dari "Benua Keling".

Dr Mahathir, Keling

Artikel Lain