suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sekolah cuti peristiwa khas pada 9 Mei - Mahdzir

KUALA LUMPUR: Semua sekolah dalam negara diberi cuti  peristiwa khas pada 9 Mei yang merupakan hari pengundian bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata 6,941 sekolah juga akan dijadikan pusat mengundi pada hari berkenaan.

“Cuti adalah kepada semua sekolah kecuali Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pendidikan Daerah, mereka bekerja,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Sekolah ke-57 pada Selasa.

Turut hadir Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Amin Senin.

Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini mengumumkan antara lain tarikh pengundian PRU14 ditetapkan pada 9 Mei manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan pengundian awal adalah pada 5 Mei.

Tempoh berkempen ditetapkan selama 11 hari.- Bernama

PRu14, cuti sekolah khas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain