suria

Dua remaja ditahan liwat, cabul

HULU SELANGOR: Dua remaja ditahan kerana didakwa meliwat dan mencabul dua remaja lain di sini.

Suspek dan mangsa merupakan pelatih di Pusat Perkembangan Kemahiran Kebangsaan di Serendah.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superitendan Lim Bak Phai berkata, mereka mendapat maklumat berhubung kejadian daripada pengetua pusat itu pada Isnin.

Pengetua itu mendapat tahu perkara tersebut daripada seorang pegawai Kebajikan Masyarakat pada kira-kira pukul 2 petang pada Isnin.

Mangsa yang merupakan remaja lelaki berusia 14 dan 16 tahun mendakwa diliwat di pusat itu pada November tahun lalu.

"Mereka dakwa telah diliwat oleh dua pelatih lain," kata Bak Phai ketika dihubungi pada Selasa.

Susulan laporan itu, dua mangsa berkenaan dihantar untuk pemeriksaan kesihatan.

"Kita tahan dua suspek berusia 14 dan 17 tahun di pusat yang sama," tambahnya.

Beliau berkata, polis menyiasat kes itu sebagai "melakukan hubungan seksual di luar tabii tanpa kerelaan" dan "menggunakan kekerasan untuk mencabul".

liwat, cabul

Artikel Sebelum

Artikel Lain