Tiga beradik termasuk bayi dua bulan hidup merempat tanpa dokumen - Semasa | mStar

Tiga beradik termasuk bayi dua bulan hidup merempat tanpa dokumen

Kamariah terpaksa merempat di kaki lima bersama tiga lagi anaknya selepas ditinggalkan suami. - Facebook Perkalas

PETALING JAYA: Sudah jatuh ditimpa tangga. Begitulah nasib yang menimpa seorang ibu tunggal dari Semporna, Sabah dan tiga anaknya termasuk bayi berusia dua bulan.

Selepas ditinggalkan suami, kehidupan Kamariah Salleh makin tersepit hingga terpaksa mengemis dan hanya tidur beralaskan kotak bersama anak-anaknya yang berusia antara dua bulan dan tujuh tahun.

Tambah menyedihkan, ibu berusia 29 tahun itu dan tiga anaknya hidup berpindah-randah apabila dihalau pemilik premis di mana mereka menumpang teduh.

Wanita tempatan ini pernah didatangi sebuah keluarga dari Kuala Lumpur yang prihatin dengan nasib empat beranak yang hidup merempat selepas mengetahuinya daripada laman sosial.

Kamariah memiliki MyKad.

Menurut sumber Pertubuhan Kebajikan Anak Leluhur Nusantara (Perkalas), hasrat keluarga tersebut untuk menyara anak-beranak itu bagaimanapun terbantut kerana kesemua anak Kamariah tidak memiliki dokumen kelahiran yang sah.

"Wanita ini dan bekas suaminya adalah rakyat negara ini. Cuma, mungkin tiada kesedaran untuk mendaftarkan kelahiran anak mereka.

"Kami sudah dua kali menghebahkan mengenai keluarga ini untuk mendapatkan bantuan, namun belum berhasil," ujar sumber Perkalas kepada mStar Online pada Ahad.

Sumber mendakwa, ketiga-tiga anak Kamariah tidak memiliki sijil kelahiran dan MyKid mungkin kerana ibu berkenaan kurang pengetahuan mengenainya, selain faktor kemiskinan.

Anak bongsu Kamariah yang baru berusia dua bulan.

Menurut sumber itu, pihaknya juga berusaha untuk menghubungkan Kamariah dengan pihak berkaitan bagi mendapatkan tapak membina rumah untuk mereka sekeluarga.

"Besar harapan kami jika orang awam dapat menghulurkan bantuan sewajarnya kepada mereka memandangkan wanita ini tidak boleh bekerja kerana terpaksa menjaga anak-anaknya.

"Hati kami begitu tersentuh apabila melihat bayi berusia dua bulan menangis, mungkin disebabkan lapar atau kesejukkan," katanya.

Bagi orang awam yang ingin membantu meringankan beban keluarga tersebut boleh salurkan ke akaun Bank Islam Perkalas iaitu 10-025010-0705-86.

merempat , gelandangan , ibu tunggal

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain