suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tentera AS Sahkan Kemasukan Semula Tiangong-1 Ke Bumi

Ilustrasi Tiangong-1 oleh seorang artis. - Space.com

LOS ANGELES: Komander Komponen Ruang Angkatan Bersama (JFSCC) Amerika Syarikat (AS) mengesahkan makmal angkasa eksperimen China, Tiangong-1 memasuki ruang atmosfera bumi melalui selatan Lautan pasifik, kira-kira pukul 8 pagi waktu Malaysia pada Ahad.

"JFSCC menggunakan alat pengesan Jaringan Pengawasan Angkasa dan sistem analisis orbit mereka untuk memastikan kemasukan Tiangong-1 itu," kata pegawai Tentera Udara AS melalui sebuah kenyataan.

Kemasukan semula Tiangong-1 dijejaki oleh JFSCC, syarikat kumpulan analisis Aerospace Corp. yang berpengkalan di AS, Agensi Angkasa Eropah dan saintis dari seluruh dunia sebagai sebahagian daripada jaringan menjejaki serpihan angkasa di peringkat global.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiangong-1 Kembali Dan Jatuh Ke Bumi?

"JFSCC bekerjasama dengan kerajaan, industri dan rakan kongsi antarabangsa untuk menjejaki dan melaporkan kemasukan (ke ruang angkasa) termasuk Tiangong-1 kerana 'domain' angkasa adalah penting kerana kebimbangan keselamatan antarabangsa adalah dikongsi bersama.

"Semua negara mendapat manfaat daripada keselamatan, kestabilan, kelestarian dan 'domain' angkasa yang selamat," kata Timbalan Komander JFSCC, Mejar Jeneral Stephen Whiting.

Makmal ujian angkasa China itu memasuki semula wilayah tengah Lautan Pasifik, kata Pejabat Kejuruteraan Angkasa Dikendalikan China (CMSEO).

Tiangong-1 dilancarkan pada 29 September 2011 dan perkhidmatannya dihentikan pada Mac 2016 selepas menyelesaikan misinya. - Front Desk

Tiangong-1

Artikel Lain