Ahli BN Sabotaj Parti Akan Digantung Dua Tahun - Ku Nan - Semasa | mStar

Ahli BN Sabotaj Parti Akan Digantung Dua Tahun - Ku Nan

Tengku Adnan Tengku Mansor.

KUALA LUMPUR: Kepimpinan Barisan Nasional (BN) tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang tindakan mensabotaj parti, sama ada secara tersurat atau tersirat, dan mereka yang terlibat akan digantung keanggotaan selama dua tahun, kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata, tindakan penggantungan itu akan dibuat oleh kepimpinan parti komponen masing-masing dengan nasihat kepimpinan tertinggi BN.

Perkara ini diputuskan Jawatankuasa Khas BN dalam mesyuaratnyanya pada 23 Mac lepas, kata Tengku Adnan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, jawatankuasa itu turut menasihatkan semua parti komponen agar mengingatkan anggota masing-masing untuk mempertahankan semangat setiakawan, kebersamaan dan hormat-menghormati sesama anggota parti.

“Sekali lagi dinasihatkan agar pemimpin dan angoota-anggota Barisan Nasional dapat mengekalkan semangat setiakawan dan kesatuan yang telah lama terjalin dalam menghadapi pilihan raya umum ke-14 dan pada masa akan datang,” katanya. - Bernama

BN

Artikel Sebelum

Telur, Ikan, Ayam Percuma!

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.