suria

Sukarelawan Mengaku Tidak Bersalah Liwat Pelajar Tahfiz

Nasrul Arman ketika dibawa ke mahkamah untuk pertuduahan kes pagi Khamis. Foto Sinar Online

KUANTAN: Sukarelawan maahad tahfiz mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, terhadap 38 kes liwat dan serangan seksual terhadap pelajar sekolah itu, Khamis.

Tertuduh, Nasrul Arman Ahmad, 41, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan gangguan seksual terhadap 10 pelajar berumur antara 12 hingga 17 tahun tanpa kerelaan atau bertentangan dengan kemahuannya dan meletakkan ketakukan, kecederaan atau kematian kepada mereka.

Tertuduh melakukan kesalahan berkenaan di kediamannya di Taman Selamat Teluk Sisek, dan sekitar maahad tahfiz, itu, antara Julai 2017 hingga Febuari lalu.

Pertuduhan dilakukan mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan dan seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan sebatan bagi setiap tuduhan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Manakala, setiap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017, tertuduh bakal berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM380,000 untuk semua pertuduhan dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tidak boleh mendekati mangsa.

Tarikh sebutan semula kes pada 23 April depan.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Farahah Mohd. Nazari manakala, tertuduh diwakili peguam, Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar. - Sinar Online


liwat

Artikel Lain