suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Elaun Khas Anggota Bomba Bermula 1 April Ini

KUALA LUMPUR: Seramai 13,342 anggota bomba dan penyelamat seluruh negara bakal menerima elaun khas RM200 sebulan berkuat kuasa 1 April depan.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata perkara itu adalah hasil keprihatinan dan perbincangan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata bayaran elaun itu akan melibatkan peruntukan berjumlah RM32 juta setahun.

Noh turut mengumumkan kenaikan elaun bagi anggota bomba bantuan iaitu daripada RM6 ke RM8 sejam bagi anggota dan RM7.80 kepada RM9.80 sejam bagi pegawai, yang akan memanfaatkan 2,500 anggota bomba  bantuan dengan peruntukan RM9.6 juta setahun.

“Saya  kira ini merupakan satu  hadiah kepada seluruh anggota bomba sempena sambutan Hari Bomba pada 28 April ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong bagi kementeriannya pada sidang Dewan Rakyat, pada Rabu. -Bernama

Elaun Khas, Bomba

Artikel Lain