Sidang Dewan Negara Dipercepat, Lagi Petunjuk Parlimen Bubar - Semasa | mStar

Sidang Dewan Negara Dipercepat, Lagi Petunjuk Parlimen Bubar

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Negara telah dipercepatkan selama dua minggu, sekali gus memberi petunjuk bahawa Parlimen mungkin dibubarkan lebih awal.

Dewan Negara sepatutnya dijadualkan bersidang dari 16 hingga 30 April.

Menurut sumber Parlimen, difahamkan Dewan Negara akan mula bersidang serentak dengan Dewan Rakyat.

Ia akan bermula pada 26 Mac dan berakhir pada 5 April.

Sumber memberitahu The Star pada Isnin bahawa usul itu akan membolehkan kedua-dua Dewan Negara dan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan Tambahan (2017) 2018 dan RUU lain.

"Ia juga boleh memberi isyarat mengenai pembubaran Parlimen lebih awal... siapa tahu kan," kata sumber itu.

Kementerian Kewangan membentangkan RUU Perbekalan Tambahan (2017) 2018 di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama.

Difahamkan usul untuk dua sidang berjalan serentak juga memberi peluang kepada senator-senator menghadiri sidang tersebut sebelum Parlimen dibubarkan.

Parlimen , Dewan Negara , Dewan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Menteri Nafi Dakwaan MH370 Ditemui

Artikel Berkaitan

Artikel Lain