suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Sempat Minta Pelapik Sebelum Gantung Diri Dalam Lokap

Gambar hiasan

IPOH: Seorang suspek dipercayai menggantung dirinya di lokap balai polis Selama, kira-kira 120 kilometer (km) dari sini.

Ketua Polis Daerah Selama, Timbalan Supritendan Loo Lian Lay berkata, Nizam Idris, 39, dari Bagan Baru, Batu Kurau ditemukan tergantung di selnya pada pukul 9.30 pagi.

"Mangsa berseorangan ketika insiden berlaku.

"Kali terakhir dia dilihat masih hidup adalah pada pukul 8.48 pagi ketika dia meminta alas (pelapik) daripada pegawai lokap. Permintaannya ditolak," kata beliau.

Loo berkata, polis memeriksa rakaman kamera litar tertutup dan mendapati mangsa menggantung diri menggunakan pakaian lokap.

"Kematian mangsa disahkan oleh pegawai perubatan dari Hospital Selama," kata Loo.

"Majistret Raja Shahril Anuar Raja Banjamin turut hadir untuk memeriksa mayat mangsa dan memerintahkan agar bedah siasat dilakukan ke atas mayat tersebut," tambahnya.

Kata Loo, suspek direman selama empat hari sejak 14 Mac susulan siasatan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

gantung diri

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain