suria

Malaysia Negara Kedua Paling Gembira Di Asia

PETALING JAYA: Malaysia mendaki carta ke tangga ke-35 negara paling gembira di dunia, menurut Laporan Gembira Dunia tahun ini.

Sebelum ini, Malaysia berada di kedudukan ke 42 pada 2017.

Kedudukan terkini itu meletakkan negara ini sebagai negara kedua paling gembira di Asia, satu tangga di belakang Singapura yang berada di kedudukan ke-34.

Laporan tersebut meletakkan Malaysia di depan negara jiran, Thailand (46), Jepun (54), Filipina (71), China (86), Vietnam (95), Indonesia (96), Laos (110), Kemboja (120) dan Myanmar (130).

Biarpun Singapura berada satu tangga di atas Malaysia, kedudukan tersebut sebenarnya merosot lapan anak tangga daripada 26 kepada 34.

Dalam pada itu, Finland pula berjaya mengenepikan Norway sebagai negara paling gembira di dunia.

Empat tangga teratas diduduki oleh negara Nordic iaitu Finland diikuti oleh Norway, Denmark dan Iceland.

Manakala negara yang berada di tangga terakhir adalah Burundi yang terletak di timur Afrika iaitu di tangga ke-156.

negara paling gembira

Artikel Lain