suria

Bayi Ditemukan Di Pagar Depan Rumah

Gambar hiasan bayi.

JOHOR BAHRU: Seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan ditemukan di hadapan sebuah rumah teres di Taman Batu Pahat, dekat Batu Pahat pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata kehadiran bayi itu yang hanya dibalut dengan tuala, disedari tuan rumah berkenaan  kira-kira 6.30 pagi apabila terdengar suara bayi menangis di hadapan pagar rumahnya.

“Tuan  rumah, seorang pembantu kedai, 52, kemudian meminta bantuan daripada seorang lelaki yang melalui kawasan itu untuk menghubungi polis dan hospital bagi mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan lewat Ahad malam.

Abdul Wahib berkata keadaan bayi itu kini stabil setelah dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat melalui talian 07 - 4343999 , 07 - 4363300 atau Pegawai Penyiasat Insp.Wan Zahidah di talian 018 - 2213037.- Bernama

Buang Bayi

Artikel Lain